Skip to main content

Video Assistant Referee(VAR) : Membunuh bolasepak

Sekali lagi sejarah tercatat dalam sukan bolasepak apabila sepakan penalti diberikan dengan bantuan Video Assistant Referee (VAR) semasa perlawanan di antara Perancis dan Australia. Pengadil menghentikan perlawanan sementara untuk memberikan laluan kepada pembantu pengadil untuk meneliti semula rakaman insiden tersebut. Rakaman menunjukkan Josh Ridson telah menjatuhkan Antoine Griezmann. Terdahulu, pengadil perlawanan Sepanyol dan Portugal, Gianluca Rocchi telah menggunakan teknologi baru ini untuk memastikan tiada kekasaran yang dilakukan oleh pemain Sepanyol Diego Costa ke atas pertahanan Portugal Pepe.
sumber Google

Sekiranya VAR wujud pada edisi Piala Dunia terdahulu, barangkali banyak sejarah baru yang akan tercipta. Contoh yang terbaik ialah insiden  jaringan 'Tangan Tuhan' Diego Maradona ketika menentang England pada edisi Piala Dunia 1986. Tiada siapapun yang perasan tangan kiri Maradona yang menolak bola menewaskan Peter Shilton. 

sumber Google

Dari sudut positif, VAR dilihat boleh membantu seseorang pemain daripada kesilapan pengadilan seperti sepakan penalti dan kad merah. Namun tidak semua bersetuju dengan penggunaan teknologi ini yang dikatakan mengganggu kelancaran perlawanan. Ramai masih meragui keberkesanan teknologi ini yang turut dicadangkan untuk digunapakai di liga-liga besar seperti Liga Inggeris dan Sepanyol.

Comments