Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

Video Assistant Referee(VAR) : Membunuh bolasepak

Sekali lagi sejarah tercatat dalam sukan bolasepak apabila sepakan penalti diberikan dengan bantuan Video Assistant Referee (VAR)  semasa perlawanan di antara Perancis dan Australia. Pengadil menghentikan perlawanan sementara untuk memberikan laluan kepada pembantu pengadil untuk meneliti semula rakaman insiden tersebut. Rakaman menunjukkan Josh Ridson telah menjatuhkan Antoine Griezmann. Terdahulu, pengadil perlawanan Sepanyol dan Portugal, Gianluca Rocchi telah menggunakan teknologi baru ini untuk memastikan tiada kekasaran yang dilakukan oleh pemain Sepanyol Diego Costa ke atas pertahanan Portugal Pepe. sumber Google Sekiranya VAR wujud pada edisi Piala Dunia terdahulu, barangkali banyak sejarah baru yang akan tercipta. Contoh yang terbaik ialah insiden  jaringan 'Tangan Tuhan' Diego Maradona ketika menentang England pada edisi Piala Dunia 1986. Tiada siapapun yang perasan tangan kiri Maradona yang menolak bola menewaskan Peter Shilton.  sumber Google

Sambutan Syawal sederhana tapi meriah

Anak-anak dan sepupu  1 Syawal 1439 Hijrah bersamaan 15 Jun 2018 tahun ni sambutan sederhana memandangkan keluarga abang di Kuching tak balik menyambut lebaran di Bintulu. Walau bagaimanapun, semua adik beradik lain seperti biasa berkumpul di rumah mak pada pagi raya. Majlis tahlil ringkas seperti satu acara kemestian di rumah mak. Perayaan di Sarawak meriah dengan hidangan makanan seperti rendang, ketupat dan lemang. Makanan yang hampir sama dengan masyarakat di semenanjung Malaysia.  Tak lengkap rasanya kalau tak ada kek lapis dijamu kepada tamu yang datang berkunjung. Kek Lapis Cadbury,  Kek Lapis Holiday Inn, Kek Lapis Belacan, dan Kek Lapis Lumut merupakan antara nama kek lapis yang cukup sinonim di kalangan masyarakat Sarawak. Masyarakat berbilang kaum meneruskan budaya kunjung mengunjung atau budaya 'ngabang' sambil memelihara keharmonian di kalangan masyarakat di Sarawak. Silaturrahim dijalinkan,hubungan keruh dijernihkan,yang jauh dide